KOPERASI BAKAPIT
Koperasi Bakapit Lahad Datu Berhad telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan kelulusan awal daripada Jabatan Koperasi diperolehi pada Jun 2006. Kini Koperasi Bakapit Lahad Datu Berhad sedang menunggu kelulusan rasmi daripada Jabatan Koperasi.
Koperasi Bakapit Lahad Datu Berhad dijangka akan memulakan projek mengeluarkan sos cili sebagai satu produk keluaran Bakapit.
Koperasi Bakapit Lahad Datu Berhad dianggotai oleh penduduk Kampung Bakapit sama ada yang masih menetap di Bakapit atau di bandar Lahad Datu.
Koperasi Bakapit dipengerusikan oleh En. Amil Bangsa Amilahsan selaku Pengerusi Lembaga Sementara.