Bakapit - Home

SELAMAT DATANG


Anda sedang melayari laman web Bakapit.

Bakapit ialah sebuah petempatan tradisional masyarakat Bajau di daerah Lahad Datu, Sabah. Ia terletak kira-kira 30 km di sebelah timur bandar Lahad Datu. Perkampungan ini bermula sejak zaman British Nort Borneo memerintah negeri Sabah.

Nama asal Kampung Bakapit ialah Tambak atau Pagapit, mengambil sempena ciri-ciri geografi perkampungan tersebut. Pada asalnya, Tambak adalah sebuah pulau yang hanya kira-kira 100 meter dari tanah besar. Pulau tersebut telah ditambak oleh syarikat British Pacific Hardwood yang membina sebuah kilang papan di situ, sehingga ia bercantum dengan tanah besar. Daripada tambak tersebutlah kampung ini dinamakan Tambak.

Selain daripada itu, kampung ini juga dinamakan Pagapit kerana pulau di mana kilang papan Pacific Hardwood didirikan tersangat dekat dengan tanah besar iaitu hanya kira-kira 100 meter. Keadaan pulau yang mempunyai bukit tinggi menyebabkan ia kelihatan seolah-olah sebuah kapal yang sedang merapat (pagapit - dalam bahasa Bajau) di tanah besar. Maka dinamakanlah tempat tersebut sebaga Pagapit, yang bermaksud merapat.


ein Bild

Setelah lebih 50 tahun dihuni, tidak banyak perubahan berlaku di kampung ini kecuali bahagian daratannya yang telah dikelilingi oleh ladang sawit milik asing.

Kampung Bakapit sehingga kini tetap setia memberi penghidupan kepada penduduknya yang terdiri 100% daripada masyarakat Bajau.

Dalam zaman moden ini, penduduk Bakapit tidak seharusnya masih berpeluk tubuh tanpa memikirkan masa depan mereka. Penduduk Bakapit harus bangun untuk memajukan kampung mereka. Bahkan penduduk Bakapit harus berfikir lebih terbuka dan bertanyakan diri sendiri apakah yang mereka telah sumbangkan dalam pembangunan negara.

Pada masa ini terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di kampung Bakapit. Ada antara kemudahan itu adalah tinggalan daripada penjajah, misalnya SK Bakapit dan sistem bekalan air graviti yang telah dibina oleh syarikat British Pasific Harwood sejak lebih 50 tahun dahulu.

Anda boleh berkunjung ke Bakapit mengikut jalan darat atau perjalanan laut dari Lahad Datu.
 
Today, there have been 8 visitors (18 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free